wahai sang kura-kura
tanggalkan cengkerang beratmu
jadilah kau si rama-rama
terbang ke hidupmu yang baru
kerana kau perlahan di darat
mengesot dengan kepayahan
tapi kederatmu tetap kuat
mendayung di tengah lautan
dan tika kau mendayung
walau mungkin serong dan merewang
tetap kau ketemu si jerung
dan lihatlah akan hidupmu sekarang
jerungmu jerung yang bertukang
siripnya pasti pandai memegang
jerungmu jerung yang pemalu
yang garang hanya padamu
jerungmu jerung luar persisiran
yang pasti pampasannya lumayan
jerungmu jerung yang tenang
tapi jerung pasti menyerang
jerungmu jerung yang jinak
tapi usahlah kau asik berj****
juga
jangan sering saling menggigit
atau terlampau asik asyik berhimpit
maka
pesan dan doaku pada kura-rama
(dan tentunya pada si jerung juga)
moga kamu berdua tenang bah-gia
membina hidupan serta keluarga
tapi janganlah hingga lupa lautan
untuk melepak bersama rerakan
sebab masih ramai berderetan
yang gersang dahagakan teman
ai lafyu bohf
en wiech yugais ol debes
en mei delitel wans kamaut sun
soree disease sow kejhee
tapi yang penting, ia ikhlas…
tengkyu yu!
so sweeeittt.
we lef yu tu. tengkyu datang ke rumah ai yang jauh beribu batu itu.
special poem buat penjerung & rawkstar!
selamat pengantin baru jugak!
ni sapik sebenanye.makaseh atas dedikasi ini.better late than never bak kate omputih
haha ok je brah. bile nak buat slumber party kat umah ni. kita main dan bergelak tawa lalu terus tido. besok tu ko masak breakfast, ok?
meon ..kau kat mana yer?